KESELAMATAN DI BENGKEL KIMPALAN
1. PENDAHULUAN
Laporan penyelidikan ini disediakan berkaitan keselamatan di bengkel kimpalan. Tujuan penyelidikan dijalankan adalah untuk memperinci punca-punca kemalangan dan langkah-langkah mengatasi kemalangan di bengkel. Risiko kemalangan tidak mengenal mangsa dan penerapan kaedah kerja yang betul dan berpandukan S.O.P perlu diterapkan dalam diri setiap pelatih yang terbabit.
2. PENGURUSAN KESELAMATAN BENGKEL
2.1 Kepentingan Keselamatan
Keselamatan ditempat kerja khususnya dibengkel kimpalan perlu diambil berat oleh setiap pelatih. Ia adalah penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan diri terpelihara. Dari segi keselamatan, kepentingannya adalah dapat mengelakkan diri dari risiko tercedera dah lebih buruk lagi melibatkan kematian. Kepentingan dari aspek kesihatan merangkumi ergonomic, pendengaran dan gangguan pernafasan melibatkan kualiti udara kotor dengan asap kimpal. Semua ini perlu dititik beratkan dan kaedah pengawalan perlu diambil sebelum sesuatu kemalangan berlaku dan juga melibatkan kesihatan terjejas.
2.2 Kemalangan dan Punca-punca Kemalangan
2.2.1 Kebakaran
Salah satu risiko kemalangan yang boleh berlaku dibengkel kimpalan adalah kebakaran. Banyak punca-punca yang boleh mencetuskan kebakaran. Sebagai contoh adalah daripada kebocoran gas, litar pintas dan kecuaian menggunakan bahan api. Penerangan kebakaran perlu diberikan kepada pelatih-pelatih dibengkel supaya lebih memahami punca kebakaran dan bersedia menghadapi kemungkinan. Alat pemadaman kebakaran perlu lengkap untuk setiap bengkel dan laluan keluar selamat haruslah bebas dari halangan.
2.2.2 Kecederaan (Injury)
Kecederaan di dalam bengkel sama ada minor ataupun serius mungkin boleh berlaku. Punca-punca terjadinya kecederaan adalah salah penggunaan peralatan dan mesin, cara kerja yang salah, tidak mengikut langkah keselamatan yang betul dan kecuaian. Selain itu faktor keadaan juga mendorong kepada kemalangan yang mendatangkan kecederaan. Sebagai contoh menggunakan mesin yang rosak dan keadaan kawasan kerja yang tidak selamat. Penerapan cara kerja yang betul dan mengikut SOP perlu bagi mengelakkan kecederaan semasa membuat kerja. Penyelenggaraan mesin yang betul dan berkala juga perlu selain menyediakan kawasan kerja yang selamat.
2.2.3 Renjatan Elektrik
Risiko renjatan elektrik mungkin juga boleh berlaku dibengkel disebabkan penggunaan peralatan elektrik. Punca-punca adalah cable elektrik yang koyak, sentuhan secara terus kepunca arus elektrik, pendawaian bumi yang tidak berkualiti dan mesin yang rosak. Pemeriksaan mesin adalah perlu sebelum memulakan kerja.
2.3 Langkah-langkah Keselamatan di Bengkel Kimpalan
Langkah –langkah keselamatan perlu diambil semasa mengendalikan bengkel kimpalan. Antara aspek keselamatan yang perlu dititik beratkan adalah termasuk:
2.3.1 Memakai pakaian keselamatan (Personal Protective Equipment, PPE) termasuk perlindungan telinga, google, perlindungan muka, kasut keselamatan dan sarung tangan kulit.
2.3.2 Memeriksa mesin yang hendak digunakan dalam keadaan baik dan berfungsi. Pastikan butang keselamatan berfungsi. Laporkan kepada penyelia bengkel setiap mesin yang rosak.
2.3.3 Pastikan pengudaraan yang baik semasa menjalankan proses mengimpal dan gas berbahaya dari proses kimpal dapal dialirkan keluar (exhausted) melalui salur pengudaraan (fume extractor).
2.3.4 Pengendalian bahan kerja kimpal perlu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan. Gunakan peralatan yang sesuai untuk mengalihkan bahan kerja yang panas.
2.3.5 Pastikan persekitaran kerja dalam keadaan selamat. Susunan cable kemas dan tidak mendatangkan bahaya semasa melakukan proses mengimpal.
3. KAJIAN KESELAMATAN DIBENGKEL KIMPALAN
No | Hazard | Punca | Kesan | Tahap risiko | Tindakan Pencegahan |
1 | Percikan sparter | Proses mengimpal dan grinding | Buta, kulit melecur | Tinggi | Memakai alat PPE seperti google, sarung tangan kulit, pelindung muka |
2 | Sinaran Ultra ungu | Proses mengimpal | Kulit terbakar / melecur | Sederhana | Memakai jacket, pelindung muka dan sarung tangan kulit |
3 | Bahan kerja panas | Haba dari proses kimpal | Melecur | Tinggi | Pakai sarung tangan kulit, guna pengepit yang sesuai untuk mengalihkan bahan |
4 | Renjatan elektrik | Mesin kimpal dan alatan elektrik | Kecederaan serius, kematian | Tinggi | Periksa mesin dan supply cable. |
5 | Asap gas kimpal | Proses mengimpal | Gangguan pernafasan | Rendah | Menggunakan penutup muka, fume extractor |
6 | Kebakaran | Proses oxy-cutting, kimpalan | Kematian, kerosakan harta benda | Tinggi | Perikasa kebocoran gas, cable elektrik. Sediakan pemadam api sewaktu proses oxy-cutting |
4. LAPORAN KESELAMATAN
Setiap kemalangan yang berlaku dibengkel haruslah dilaporkan kepada penyelia bengkel. Ini bagi memastikan setiap kemalangan yang berlaku dapat direkodkan dan laporan bertulis disimpan sebagai rujukan. Langkah-langkah pembetulan dapat diambil daripada kemalangan yang berlaku dan berdasarkan rekod-rekod kemalangan. Ini bagi memastikan kemalangan yang sama tidak akan berulang. Kawalan pencegahan adalah perlu bagi mengelakkan kemalangan yang berkemungkinan berlaku di bengkel kimpalan terjadi.
5. KESIMPULAN
Keselamatan pelatihdibengkel kimpalan perlu deberi perhatian yang serius. Ini bagi menjamin pelatih selamat dalam mengendalikan bengkel kimpalan. Pendedahan mengenai keselamatan dan kesihatan dibengkel perlu sentiasa diutamakan. Pelatih perlu sentiasa diberi peringatanmengenai keselamatan sebelum proses pembelajaran dibengkel bermula. Kesimpulannya, persekitaran kerja yang selamat dan kelakuan kerja yang selamat menjamin keselamatan bekerja.
“UNSAFE ACT + UNSAFE CONDITION = ACCIDENT”